Wednesday, 10 February 2016
ISTILAH MINYAK WANGI
Pada botol parfum sering tertulis label ‘parfum’, ‘eau de parfum’, ‘eau de toillette’ atau
‘body splash’. Nak tahu kandungan apakah itu dan pengaruh label itu
pada ketahanan aromanya?
Label-label itu ada kaitan pd kadar kandungan pati parfum. Semakin tinggi
tingkat patinya, maka semakin lama haruman itu bertahan dan makin mahal harganya.
Parfum
(Pure Perfume/Perfume/Perfume Extract/Parfum Extrait/Elixir)
- Kadar Ketumpatan patinya mencapai 16%-30%, dan asli tanpa campuran alkohol.
- PARFUM adalah pati minyak wangi yang paling kuat dan paling mahal.
- Tahan lebih lama sehingga 6-8 jam bergantung kepada jenis kulit.
- Jika anda mengenakan wangian ini, bukan sahaja tubuh akan berbau harum malah
boleh dihidu dari jarak yang cukup jauh dan tahan lama.
- Jangan menyemburkan semburan parfum ke baju kerana teksturnya yang berminyak
dapat meninggalkan noda. Cukup dengan calitkan sedikit di nadi tangan dan belakang
telinga.
Eau de Perfume
- Kadar Ketumpatan patinya mencapai 8%-16%.
- EDP atau Eau De Parfum mengandungi pati yang kurang pekat daripada Parfum. Tahan
sehingga 3-5 jam.
- Ia mempunyai kandungan alkohol yang sedikit, aroma wanginya tahan lama dan kuat.
- Selalunya lebih sesuai digunakan pada malam hari, terutama untuk menghadiri acara
formal.
Eau de Toilette
- Kadar Ketumpatan patinya mencapai 5%-8%.
- EDT atau Eau De Toilette merupakan minyak wangi yang lazim didapati di pasaran.
- Tahan sehingga 2-4 jam.
- Wangian ini berada setingkat di atas cologne. Kandungan alkoholnya kurang sedikit
berbanding dengan cologne.
- Untuk kesegaran yang bertahan lama, wangian jenis ini adalah pilihan yang sesuai
kerana aromanya ringan, tidak terlalu tajam dan sesuai untuk banyak acara mahu pun
saat bersantai bersama teman.
Eau de Cologne
- Kadar Ketumpatan patinya mencapai 3%-5%.
- EDC atau Eau De Cologne adalah minyak wangi yang paling lemah dan kebiasaannya
dipasarkan kepada lelaki.
- Tahan sehingga 2 jam.
- Jenis wangian ini yang paling ringan jika dibandingkan dengan yang lain. Amat sesuai
digunakan di bahagian tubuh, untuk menyegarkan dan memberikan aroma harum dan
segar setelah mandi.
- Contohnya kita boleh dapati pada tisu basah yang sesuai digunakan sebagai penyegar
selepas melakukan sebarang aktiviti.
Eau Fraiche / Body Splash
- Eau Fraiche biasanya disebut dengan istilah Perfume Body Mist atau Body Splash.
- Ia memiliki kadar pati terendah di antara semua jenis parfum, dengan campuran
kurang dari 3% dan bertahan hanya sekitar 1 jam saja.
- Wanginya tidak bertahan lama dan cepat menguap, karena kadar alkoholnya yang
tinggi.
- Sama seperti Eau de Cologne, body splash lebih sesuai dipakai untuk mengharumkan
tubuh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment