Dalam entri kali ni, saya akan kongsikan tentang perfume original in box (sealed).
Baik, perkara pertama yang kita perlu tahu ialah perfume original in box (sealed) adalah minyak wangi yang sama terdapat di kaunter-kaunter minyak wangi seperti Sogo, Pavillion, Sasa dan Sephora.
Ia memiliki ciri-ciri yang sama seperti :
1) Berkotak
2) Kotak dan botol minyak wangi yang sempurna (tiada sebarang kecacatan)
3) Mempunyai kod siri yang sama pada kotak dan botol minyak wangi
4) Jumlah isi kandungannya juga sama dalam (oz dan ml)
5) Dibalut kemas dengan plastik lutsinar.
6) Mempunyai manufacturing date (tarikh pengilangan)
Nota : Perhatikan pada perkataan (sealed) yang membawa maksud kotak tersebut dibalut kemas oleh pengilang dengan plastik lutsinar. Ini juga sebagai tanda bahawa minyak wangi tersebut masih baru! Belum pernah digunakan.
BELI DI KAUNTER VS BELI ONLINE
1) Harga yang ditawarkan lebih murah berbanding di kaunter kerana penjual tidak perlu membayar kos sewa kedai, bil elektrik dan pelbagai lagi facilities lain.
2) Tiada extra free gift ; contohnya travel bag seperti di kaunter kerana penjual hanya fokus kepada penjualan minyak wangi dengan harga yang lebih murah.
3) Tiada jaminan wang dikembalikan jika membeli di kaunter. Lazimnya pembelian atas talian memberikan jaminan ini.
No comments:
Post a Comment